Pages

Saturday, July 30, 2011

Tip (7) Berkahwin mengganti situasi lama

Berkahwin menjadikan perubahan total kepada komuniti. Apa yang dianggap kepercayaan dan adat adakalanya menjadi beban kepada masyarakat kembali. Bagaimana perkahwinan kita dapat menjadi agenda perubahan besar-besaran, samalah seperti berkahwin Nabi Muhammad dengan Zainab binti Jahsy.

Perkahwinan mereka menghapuskan kepercayaan orang Arab bahawa kedudukan anak angkat adalah sama seperti anak kandung. Apabila Zainab bercerai dengan anak angkat Nabi Muhammad bernama Zaid bin Haritsah, kemudian nabi menikahi Zainab.

Ia disebutkan dalam sebahagian surah Al Ahzab ayat 37, “Kami kahwinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan atas orang yang beriman (berkahwin) dengan mantan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah telah menyelesaikan urusan isterinya. Dan ketetapan Allah itu pasti terjadi.”

No comments:

Post a Comment