Pages

Saturday, July 30, 2011

Tip (20) Melamar atas cadangan rakan

Pinangan juga dibuat apabila calon itu dicadangkan mereka yang terhampir. Ia setelah melihat kebaikan yang ada padanya. Kebaikan itu bukan sahaja kepada diri, tetapi memberi kesan kepada orang sekeliling. Memilih pasangan disebabkan perkara ini dilakukan oleh Nabi Muhammad.

Direkodkan oleh Muslim, Nabi Muhammad mengutus wakilnya ke Dahyah dan mengambil Shafiyah sebagai isteri. Ia dicadangkan oleh para sahabat kerana latar belakang Shafiyah yang mulia, cerdas dan daripada kepimpinan kaumnya. Merdekanya Shafiyah dan Islamnya beliau dan sahnya menjadi isteri Nabi Muhammad membawa kepada pengislaman sejumlah kaumnya.

No comments:

Post a Comment